AYER KEROH: Hotel-hotel di Melaka menerima tempahan luar biasa dan hampir penuh bagi hujung minggu ini susulan kebenaran rentas negeri yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.
Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, pihaknya sebelum ini menyasarkan kadar tempahan 48 peratus apabila sempadan negeri dibuka.
Bagaimanapun, katanya jumlah tempahan didapati meningkat dua kali ganda.
“Sebenarnya saya jangkakan apabila kita buka sektor pelancongan kepada rakyat Melaka khususnya awal bulan lalu, tempahan hanya sekitar 48 peratus.
“Namun apabila kerajaan negeri isytiharkan buka sepenuhnya (sektor pelancongan termasuk hotel) pada hari ini, kita dapati hotel-hotel telah menerima tempahan berganda malahan luar biasa,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Sambutan Ketibaan Pelancong ke Melaka sempena kebenaran rentas negeri di Plaza Tol Ayer Keroh pada Jumaat.
Pada majlis itu sebanyak 1,000 beg Kit Cegah COVID-19 yang mengandungi antaranya air mineral, pensanitasi tangan, pelitup muka dan brosur pelancongan negeri diagihkan kepada pelancong domestik.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Kamel Mohamad; Exco Kesihatan negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Majid Mohd Ali.
Mengulas lanjut Muhammad Jailani berkata, selaras dengan kempen ‘Melaka Safe Haven’, sejumlah 258 daripada kira-kira 800 penggiat industri pelancongan negeri sudah menerima sijil pengesahan lengkap divaksinasi.
“Sejumlah 258 penggiat industri pelancongan Negeri Melaka telah menerima sijil pengesahan di mana mereka perlu memastikan 100 peratus pekerja telah menerima dua dos suntikan vaksin.
“Di samping itu, semua premis berkenaan juga diwajibkan membuat sanitasi dan disinfeksi di premis masing-masing setiap hari sebagai salah satu prosedur operasi standard (SOP) khas yang ditetapkan kerajaan negeri,” tambahnya.
Selain itu jelasnya, keraaan negeri turut menyasarkan sejuta pelancong ke Melaka bagi tahun ini dan sehingga Jun lalu, sekurang-kurangnya 300,000 kehadiran pelancong direkodkan.
Shuhada Abdul Kadir, Fareez Azman
Fri Oct 15 2021
Kerajaan negeri sebelum ini menyasarkan kadar tempahan 48 peratus apabila sempadan negeri dibuka, namun jumlah tempahan didapati meningkat dua kali ganda. - Gambar fail
Baling bom petrol di pusat hiburan: dua lagi lelaki didakwa
Peguam M.V. Yoges yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan Muhammad Hasan mempunyai tanggungan enam orang anak serta isteri yang menghidap asma serta ibu mentua yang sakit tua
[TERKINI] Tujuh individu termasuk ahli keluarga direman pada Sabtu
Tujuh individu yang ditahan berhubung insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru akan dibawa ke Mahkamah Majistret pada Sabtu bagi mendapatkan perintah reman.
TPM Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia di Bali
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia kali ke-10 di Bali dari 18 hingga 21 Mei atas jemputan Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Kazakhstan beri peluang syarikat Malaysia teroka bidang baharu
Kazakhstan bersetuju memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk meneroka pelbagai bidang di negara Asia Tengah itu termasuk perlombongan dan tenaga boleh baharu.
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
Musim raja buah! Penggemar durian 'serbu' Balik Pulau
'Dendam' dua tahun tidak dapat merentas negeri, pesta durian kali ini bertambah meriah dengan kunjungan penggemarnya.
Berhimpun dalam ruang sempit yang jadi masalah, bukan rentas negeri - Dr Noor Hisham
KKM guna kaedah serampang dua mata iaitu pemberian vaksin dan dos penggalak kepada golongan tertentu dan kepatuhan terhadap SOP.
"Kalau boleh elak dulu naik Cameron Highlands, sesak teruk," kata netizen
Ada pengguna, mendakwa dirinya pekerja kesihatan, memaklumkan ramai orang yang baru balik bercuti dari kawasan itu membawa kit ujian yang tertera keputusan positif.
Masyarakat India di Gua Musang giat buat persiapan sambut Deepavali
Biarpun menyambutnya secara sederhana, pesta cahaya diraikan dalam suasana penuh kekeluargaan mengikut norma baharu.
Menyelami keindahan semula jadi Pulau Tuba
Siapa sangka tidak jauh dari Pulau Langkawi iaitu sekitar 5 kilometer dari Jeti Pelancongan Pekan Rabu, terdapat sebuah pulau yang berpotensi menjadi destinasi pelancongan dan dianugerahi dengan pelba
Rentas negeri: pastikan anak kecil dilindungi daripada COVID-19 - Pakar
Dalam keghairahan menikmati kelonggaran itu, perlu diingat bahawa ancaman COVID-19 belum berakhir.
27,059 pelancong kunjungi 14 lokasi di P.Pinang dalam tempoh sembilan hari
Seramai 27,059 pelancong melawat Pulau Pinang bermula pada 11 Okt lepas dengan 14 destinasi pelancongan negeri dikenal pasti menjadi tumpuan ramai.
Kadar penginapan hotel di Johor Bahru, Muar meningkat hingga 80 peratus
Keadaan sama turut berlaku di Desaru Coast dekat Kota Tinggi yang kadar penginapannya mencecah 65 peratus.
Rentas negeri: 1.4 juta kenderaan setiap hari di PLUS sejak Jumaat
Sejak rentas negeri dibenarkan bermula 11 Oktober, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung dan melancong bersama keluarga.
Cubaan rentas negeri tanpa vaksin gagal, suami isteri sudahnya dikompaun RM2,000
Sepasang suami isteri dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana didapati merentas negeri tanpa sijil vaksinasi COVID-19 yang lengkap.